BOSNIA > MONTENEGRO > CROATIA > SLOVENIA > ITALY > HUNGARY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pen’DM’ kt FB & IG minta share itinerary Balkan Trip haritu, here you go. Sorry sebab lambat share atas komitmen2 lain. Hehe.

Ok let’s start our journey.

Basically, Balkan Trip ni aku pergi 4 bulan lepas iaitu dari 1 Mar 2018 – 18 Mar 2018. Total trip days lepas tolak flight duration dalam 16 hari full. Ada yang tanya kenapa BALKAN. Honestly, trip ni pon tak plan. Macam orang cakap la, kalu plan slalu x jadi. Hehe. Lagi pon Sarajevo dan Budapest memang ada dalam checklist aku. Bila peluang dah ada depan mata, aku go on jela. Untuk rumusan accommodation, transport dan lain-lain boleh check bawah ni:

FLIGHT : Qatar Airways – Beli 4 bulan sebelum pergi dalam bulan November 2017 cmtu.
ACCOMODATIONS : Guest House (GH) AirBNB – Book awal di Malaysia
TRANSPORT : Kereta Sewa ( Europcar ) – Book awal di Malaysia

Road trip ni aku pergi bersama-sama dengan 3 member aku yang lain dan kami menyewa kereta dengan Europcar untuk memudahkan pergerakan. Boleh klik link ni untuk booking. ( https://www.europcar.com/ )

Route kami bermula di Sarajevo > Mostar > Kotor > Dubrovnik > Split > Zadar > Zagreb > Strmec na Predelu >  Venice > Ljubljana > Budapest > Sarajevo


BALKAN ROUTE TRIP
Untuk lebih senang nk cerita aku akan pecahkan itinerary ni ikut setiap negara dan tempat-tempat yang kami lawat. Number yang aku pinned kt gambar tu based on AIRBNB yang kami stay. Kecuali Venice. Sebab, kami ke Venice ‘balik hari’ dari Strmec na Predelu, Slovenia. Jadi, stay 1 AirBNB dan melawat tempat-tempat yang berdekatan. Oleh sebab trip ni dah lama kami pergi, jadi apa yang menarik dekat setiap tempat tu maybe aku x dapat nk describe secara terperinci. Mana yang ingat, aku akan cerita. Kalu nak lebih info korang boleh google atau search blog2 yang sedia ada:

BOSNIA:
1-       Sarajevo : (Baščaršija, Gazi Husrev-beg Mosque, Latin Bridge, Zlatna Ribica, Yellow Fort, Town Hall/Sarajevo City Hall, Eternal flame, Sarajevo Tunnel, Vrelo Bosne, Bjelasnica)
2-       Mostar : (Stari Most, Old Bazaar)

MONTENEGRO:
3-       Kotor : (Old Town, St John's Fortress/Castle of San Giovanni, Perast, Durmitor National Park, Budva)

CROATIA:
4-       Dubrovnik : (Sokol Tower, Park Orsula, Luza Square, Old Town, Stradun, Gradac Park, Dubrovnik Old port, Rector's palace, Dubrovnik Cable, Mali Ston (Oyster)
5-       Split : (Riva, Roman ruins in Solin, Kliss Fortress)
6-       Zadar : (Old Town, Bell Tower in Old Town, Greetings to The SunSea Organ, Plitvice Lake)
7-       Zagreb : (Museum of Broken Relationship, Dolac Market, British Square)

SLOVENIA:
8-      Strmec na Predelu
10-    Ljubljana : (Gallerica Alkatraz/Metelkova Art Center, Dragon Bridge, Neboticnik, Cobbler's bridge, Preseren Square, Central Market, Metelkova Mesto, Town Hall, Bled Lake)

   ITALY:
9-     Venice

HUNGARY:
11-   Budapest

   BOSNIA:
12-  Sarajevo

Let's enjoy our journey :

DAY 1 (1st MARCH 2018 | KL > DOHA):
Flight kami dengan Qatar Airways hari tu dalam pukul 8.00PM. Dari rumah kami naik GRAB ke KLIA sebab nak jimatkan cost parking. Settle check-in luggage semua kami pon berangkat. Flight ni transit di Doha sebelum stop ni Sarajevo Airport (Bosnia).

DAY 2 (2nd MARCH 2018 | DOHA > SARAJEVO):
Selepas 8 jam transit, dalam pukul 7.00AM kami teruskan penerbangan dari Doha ke Sarajevo. Doha ke Sarajevo mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami sampai di Sarajevo Airport dalam pukul 11.00AM.
Settle amik luggage, kami terus bergerak ke Europcar kaunter untuk pick up kereta. Kaunter ni terletak di pintu masuk airport. 


KERETA SEWA ( Europcar )

Kemudian, kami pon bergerak ke Guest House (GH). GH yang kami book tu lebih kurang 30 minit dari Airport Sarajevo. 
Around pukul 2.00PM, kami keluar untuk round2 sekitar Sarajevo. Malamnya, kami masak dan makan di GH sahaja.





DAY 3 (3rd MARCH 2018 | SARAJEVO > MOSTAR):
Dalam pukul 8.00AM kami dah check out dr GH untuk bergerak ke Mostar. Dari Sarajevo ke Mostar mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai dalam pukul 11.00AM. Agak lambat kami sampai sebab berhenti snap pic. Scenery otw ke Mostar mmg cantik. Rugi la kalu x amik gambar. Lepas tu kami terus check in GH. Selepas rehat sekejap, petangnya kami round2 sekitar Mostar. Tempat yang sempat kami pergi adalah Stari Most, Old Bazaar, masjid dan lepak di coffee shop tengok orang lalu lalang aka cuci mata. Hehe.



STARI MOST 
STARI MOST 

Day 4 (4th MARCH 2018 | MOSTAR > KOTOR ):
Pagi ni, selepas check out dari GH kami terus bergerak ke Montenegro. Di Montenegro kami booked GH di Kotor. Nama je kotor tapi sebenarnya sangat cantik. Nanti boleh refer semua GH yang kami book kt bawah.  Rilex2 sekejap bagi hilang penat, petang tu kami melawat St John's Fortress, Kotor Old Town & Perast. Jujur cakap aku memang jatuh cinta dengan Kotor. Sangat cantik. Malam tu kami beli groceries di groceries store berhampiran untuk masak dinner.


STOLAC ( Salah satu kawasan menuju ke KOTOR )
KOTOR

Day 5 (5th MARCH 2018 | KOTOR ):
Pagi ni kami nak menuju ke Durmitor National Park. Dari GH lebih kurang 4 jam. Kami bergerak dalam pukul 7.00am dan sampai agak tengahari. Otw ke Durmitor National Park akan melalui kawasan gunung, lereng-lereng dan perlu berhati-hati. Kami berhenti banyak spot2 menarik untuk amik gambar. Setibanya di Durmitor National Park, agak hampa sebab kawasan dilitupi  salji. Di sini ada 1 tasik namanya Black Lake. Tapi masa tu tasik membeku. Beku hati kami melihatnya. Sob3. Kami just lepak2  sambil makan lunch yang kami dah prepack dari GH. Supposly petang tu kami bergerak balik ke Kotor dan melawat Budva, tetapi hari dah lewat. Kami decide untuk adjust itinenary kami melawat Budva esok paginya.


KOTOR
SCENERY MENUJU DURMITOR NATIONAL PARK
BLACK LAKE YANG MEMBEKU

DAY 6 (6th MARCH 2018 | KOTOR ):
Hari ini kami masih di Kotor dan seperti dirancang kami akan ke Budva. Selepas breakfast kami bergerak ke Budva. Seharian kami tour sekitar Budva dan Old Town.

DAY 7 (7th MARCH 2018 | KOTOR > DUBROVNIK):
Selepas breakfast, kami check out dari GH. Pagi ini kami akan ke negara seterusnya iaitu Croatia. First pit stop kami di Croatia adalah Dubrovnik. Dari Kotor ke Dubrovnik mengambil masa sekitar 3 jam. Settled check in GH di Dubrovnik, dalam tengahari kami start tour di Dubrovnik. Kepada sesiapa yang memang follow Games of Thrones (GOT) memang excited la untuk ke sini. Di sini antara lokasi mereka shooting series tu. Antara spot kat sini adalah Walls of Dubrovnic, Fort Lovrijenac, Svetog Dominika (Saint Dominic) Street, Rector's Palace , Sponza Palace, Bokar Fort, Minceta Fort, Luza Square. Nampak macam banyak tetapi boleh jalan kaki sebab dekat antara satu dengan lain. Masa kami pergi tu boleh dikatakan OFF SEASON. Orang tak adalah macam semut sgt. 

STRADUN OF DUBROVNIK
STRADUN OF DUBROVNIK
THE CITY GATE
WALL OF DUBROVNIK
FORT LOVRIJENAC
DAY 8 (8th MARCH 2018 | DUBROVNIK > SPLIT):
Selepas check out dr GH di Dubrovnik kami terus bergerak ke Split. Dari Dubrovnik ke Split memakan masa lebih kurang 4 jam. Kami sampai di Split dalam tengahari. Antara tempat-tempat yang menarik di Split adalah Marjan Hill, Riva, Doicletian Palace, St Duje's cathedral, Peristil Square, Prokurativa, Piazza, Mestrovic Gallery, The Cellar – basement, Pazar Market, Walking Tour of Varos, Bell Tower. Sesuai dengan namanya, kami terpaksa split tempat-tempat kami nak pergi ini kepada 2. Iaitu separuh pergi waktu petang dan lagi separuh pada keesokkan paginya sebab tak sempat nk cover semuanya dalam hari yang sama.


RIVA HARBOR
RIVA HARBOR
DAY 9 (9th MARCH 2018 | SPLIT > ZADAR):
Pagi ini kami sambung sedikit lagi tour sekitar Split. Kami terus check out dari GH sebab selepas tour kami akan terus ke Zadar. Otw ke Zadar kami singgah di Solin & Kliss Fortress. Solin & Kliss Fortress adalah kubu lama dan juga spot penggambaran GOT. Settled di Solin & Kliss Fortress kami terus bergerak ke Zadar. Kami sampai agak petang dan kami sempat melawat Old Town, Bell Tower dan melihat sunset di Greetings to The Sun & Sea Organ. Kemudian kami check in GH, masak untuk dinner dan terus tidur.

DAY 10 (10th MARCH 2018 | ZADAR > ZAGREB):
Selepas breakfast, kami check out dari GH dan terus bergerak ke Plitvice Lakes National Park. Kami sampai di Plitvice Lakes National Park selepas 2 jam perjalanan. Semasa kami sampai masih lagi bersalji dan agak cantik view. Kalau time summer atau spring mesti lagi cantik. Kami di sini lebih kurang 3 – 4 jam sebelum bergerak ke destinasi terakhir kami di Croatia iaitu Zagreb.  Kami sampai di Zagreb petangnya dan sempat melawat Museum of Broken Relationship, Dolac Market & British Square.


PLITVICE LAKES ENTRACE
PLITVICE LAKES
PLITVICE LAKES NATIONAL PARK
DAY 11 & DAY 12 (11th MARCH 2018 & 12th MARCH 2018 | ZAGREB > STRMEC NA PREDELU)
Settled check out GH di Zagreb kami menuju ke negara seterusnya dalam list iaitu Slovenia. First spot kami di Slovenia adalah di Strmec na Predelu. Tempat ni adalah satu kawasan penempatan di Perbandaran Bovec di wilayah Littoral Slovenia. Ia terletak di jalan menuju Predel Pass. Sebab kami memilih untuk ke sini adalah ingin merasa suasana tinggal di kawasan pergunungan. Ternyata keputusan kami adalah tepat. Suasana di sini sangat mempesonakan dan GH yang kami sewa sangat cantik. Korang boleh google Strmec na Predelu atau boleh tengok gambar aku attach. Kami di sini selama 2 malam. Nak ke sini memang perlu sewa kereta kerana tiada public transport untuk ke sini. 


STRMEC NA PREDELU
STRMEC NA PREDELU
STRMEC NA PREDELU
DAY 13 (13th MARCH 2018 | STRMEC NA PREDELU > VENICE > LJUBLJANA)
Hari ini kami plan nk ke Venice sebab alang-alang dah dekat. Plan kami adalah check out dari GH di Strmec na Predelu dan terus gerak ke Venice. Balik dari Venice kami akan terus ke Ljubljana untuk next destinasi kami di Slovenia. Hari ini masa kami dihabiskan di ‘Kota Cinta’ Venice sahaja. Kami check in GH di Ljubljana agak malam.


VENICE
VENICE
VENICE
VENICE
DAY 14 (14th MARCH 2018 | LJUBLJANA)
Pagi ini aktiviti kami adalah tour sekitar Ljubljana. Tempat-tempat yang kami lawat adalah seperti yang aku listkan dekat atas. Tetapi, hari ini kami tak drive sebaliknya ingin mencuba public transport iaitu bas. Berpandukan google map, kami bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan bas sahaja. Into the society lah kata orang. Kih3.

DAY 15 (15th MARCH 2018 | LJUBLJANA > BUDAPEST)
Kami check out dari GH pagi ini agak awal untuk terus menuju ke Budapest. Perjalanan ke Budapest mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami sampai di Budapest waktu petang dan sempat untuk round2 sekitar Budapest.

DAY 16 (16th MARCH 2018 | BUDAPEST)
Untuk tour di Budapest, setelah hampir 16 hari tour bersama, sorang member aku plan untuk bergerak secara solo. Kami bersetuju dengan idea itu. Lagipun antara kami memamg dah pernah solo travel jadi kami nak cuba di Budapest. Pagi itu kami keluar dari GH sama-sama ke train station dan kemudian bawa haluan masing-masing. Di Budapest, public transport memang banyak dan efficient. Korang boleh pilih untuk naik Subway (Metro) atau Bus. Nk senang dan jimat, kami beli 24h Budapest Cards & Travel Passes dengan harga 22Euro. Dengan card ini korang boleh naik public transport tanpa perlu beli tiket dan free access ke beberapa tempat tumpuan pelancong. Pass ini ada dijual di Tourist Information Centre. Korang boleh check info Budapest Card tu kt sini. (http://budapestcards.com/).

LIBERTY BRIDGE

PARLIAMENT BUILDING

CHAIN BRIDGE
DAY 17 (17th MARCH 2018 | BUDAPEST > SARAJEVO)
Hari ini last day kami di Budapest. Kami akan bertolak ke Sarajevo dan bermalam di sana sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada esoknya. Perjalanan dari Budapest ke Sarajevo lebih kurang 7 jam. Sebelum bertolak kami berjalan2 sekitar Budapest selepas check out dan terus bergerak ke Sarajevo. Kami sampai si Sarajevo agak malam dan tak sempat nak jalan2 di Sarajevo buat kali terakhir.

DAY 18 (18th MARCH 2018 | SARAJEVO > DOHA > KL)
Flight kami pagi ini jam 11.00AM. Selepas check out dari GH, kami terus menuju ke airport. Selesai memulangkan semua doc, kunci kereta dan dongle wifi di kaunter Europcar kami terus check in dan menunggu untuk berlepas.
Kami transit di Doha lebih kurang 7 Jam. Jadi kami membuat keputusan untuk mencuba Doha City Tour – Qatar Airways.  Tour ni mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bus akan membawa pelancong menikmati keindahan Doha. Kami ambil Tour pukul 8.00pm dan habis sekitar 11pm. Harganya adalah 40QAR lebih kurang RM40+. Korang boleh check Doha City Tour ni kt sini ( https://www.qatarairways.com/en-bd/offers/doha-city-tour.html ). Kalu ada transit time yang lama bolehlah cuba.

Flight kami dari Doha ke KL jam 3.00AM  dan sampai di KL jam 3.30PM waktu Malaysia.

Itu sahaja sekitar journey kami ke Balkan selama 18 hari. Di bawah ini aku nak share GH AIRBNB kami stay dan ground cost sepanjang kami di sana. Cost ni tak termasuk perbelanjaan peribadi dan lain2:

COST A:

FLIGHT TICKET (QATAR AIRWAYS): RM2389.38 /person
KERETA SEWA (Europcar): RM2014.86 /3 = RM671.62/person
INTERNATIONAL DRIVING PERMIT (IDP) = RM150/person
GROCERIES (BARANG MASAKAN/MAKANAN DARI MALAYSIA): RM600 = RM200/person
TRAVEL INSURANCE (AXA) : RM140/person

TOTAL COST A: RM3551/person

COST B (AIRBNB):
2nd MARCH 2018 (SARAJEVO | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/7715018
RM88.79/3 = RM29.60/person
3rd MARCH 2018 (MOSTAR | 1 Night) –  https://www.airbnb.com/rooms/14295358
RM111.48/3 = RM37.16/person
4th MARCH 2018 – 7th MARCH 2018 (KOTOR | 3 Nights) - https://www.airbnb.com/rooms/8199701
RM551.91/3 = RM183.97/person
7th MARCH 2018 (DUBROVNIK | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/1343050
RM167.15/3 = RM55.71/person
8th MARCH 2018 (SPLIT | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/19762483
RM94.70/3 = RM31.57/person
9th MARCH 2018 (ZADAR | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/5305103
RM122.57/3 = RM40.86/person
10th MARCH 2018 (ZAGREB | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/16333975
RM164.89/3 = RM54.96/person
11th MARCH 2018 – 13th MARCH 2018 (STRMEC NA PREDELU | 2 Nights) - https://www.airbnb.com/rooms/1996704
RM891.95/3 = RM297.31/person
13th MARCH 2018 – 15th MARCH 2018 (LJUBLJANA | 2 Nights) - https://www.airbnb.com/rooms/6493676
RM440.20/3 = RM146.73/person
15th MARCH 2018 – 17th MARCH 2018 (BUDAPEST | 2 NIGHTS) - https://www.airbnb.com/rooms/10517417
RM412.27/3 = RM137.42/person
17th MARCH 2018 (SARAJEVO | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/3121997
RM202.14/3 = RM67.38/person

TOTAL COST B = RM3248.05/3 = RM1082.68/person

COST C (MISCELLANEOUS):
Budget dalam COST C ini termasuk diesel kereta, tol, parking, groceries tambahan, simcard + internet, minum coffee dan miscellaneous lain. Kami contribute sorang RM3000 dan letak dalam 1 account. Tujuan kami buat camni adalah untuk memudahkan kami manage perbelanjaan bersama seperti dalam list2 yang aku cakap td. Lagi 1 setiap negara currency berbeza. Jadi jika guna 1 account untuk tujuan widthdraw duit, ianya akan menjimatkan kos bank charge. So far RM3000 seorang adalah cukup sepanjang 18 hari kami di sana.

COST C: RM9000/3 = RM3000/person

TOTAL COST:
COST 1 + COST 2 + COST 3 = RM3551 + RM1082.68 + RM3000 = RM7633.68/person

P/S: Kos ni tak termasuk personal expenses. Yang itu terpulang kt masing2 nak bawa berapa untuk souvenir dan lain-lain. 

Ok skang ini aku nak listkan beberapa tips dan point2 yang aku rasa penting untuk share kat korang pasal TRIP BALKAN ni:

1.     Budget: Sebenarnya bajet yang dikira dekat atas tu terpulang pada plan masing2. Jujur aku cakap boleh lagi murah. Hehe. Kami ada jugak spend dekat perkara-perkara yang tak perlu. Kami memilih untuk start daripada Sarajevo sebab masa tu Qatar Airways ada promo ke Sarajevo walaupun plan asal kami nak start dari Zagreb. Korang boleh check ticket price kat Skyscanner ( https://www.skyscanner.com.my/ ) untuk korang plan dari mana yang boleh menjimatkan kos.

2.    AirBNB: Kesemua accamodation kami kt sana kami book di AirBNB. Sebab harga lebih murah. Sebelum pilih GH mana nak stay kami check dulu jarak dari GH tu ke tempat2 yang kami nak pergi. Jadi boleh jimat masa perjalanan dan minyak. So far, kami sangat berpuas hati dengan host GH AirBNB yang kami booked. Cumanya ada 1 GH iaitu yang pertama setibanya kami di Sarajevo. Kami hampir ditipu kerana apabila kami nak check in, host tu minta kami bayar extra kat dia. Padahal policy AirBNB adalah tiada bayaran tunai kepada host. Semuanya melalui wire transfer semasa booking online. AirBNB akan release payment kepada host selepas guest meninggalkan GH. Akhirnya, kami decide untuk cancel dan report ke AirBNB. Kami terpaksa booking GH lain on the spot. Alhamdulillah GH baru tu sangat selesa dan host pon baik. Selang beberapa hari, AirBNB refund balik duit kami. Syukur sangat.

      Tips untuk pilih GH ni better amik yang ada kitchen, washing machine + dryer . Kitchen penting sebab senang nak masak. Kami memang masak sepanjang kami di sana. Kami masak prepack lunch waktu pagi dan makan semasa kami di luar. Washing machine dan dryer penting sebab senang nak basuh pakaian. 18 hari di sana memang habis semua pakaian digunakan. Nak tak nak memang kena basuh. Dryer penting sebab sebelum pergi kami check weather di setiap negara. Time kami pergi tu baru sahaja habis winter dan cuaca masih lagi sejuk (Below 10 degree) dan ada sesetengah kawasan seperti di Sarajevo masih lagi bersalji. Dengan adanya dryer senang nak keringkan pakaian.

3.    Kereta Sewa: Kami ambil masa yang agak lama untuk memilih kereta sewa dekat website mana. Yang menjadi keutamaan kami adalah, capacity, transmission, insurance coverage, cross-border fee dan harga. Tips aku, better masa korang book kereta sewa tu ambil sekali dengan insurance. Sebab nanti senang kalu jadi apa-apa. Lagi pula di tempat orang, kita tak tau apa yang akan terjadi? Kami booked kereta auto sebab perjalanan jauh dan tak penat kaki kata orang. Mungkin rezeki kami juga masa tu sebab lain yang kami booked, lain yang kami dapat. Kami diberi kereta yang lebih besar daripada kereta yang kami booked. Mungkin off season sebab tu Europcar offer upgrade tu tanpa extra charge. Europcar juga bagi kami pinjam wifi dongle dengan data FREE di Sarajevo. Memang bersyukur habis kami masa tu. Sebab dengan adanya dongle ni, kami hanya perlu beli 1 sim card sahaja di setiap negara tersebut untuk connect internet di handphone masing2. Thank you Europcar.

4.    Sim Card dan Internet Data: Internet sangat penting untuk trip ni. Sebab memang kami depend habis kt google map dan waze untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Penting jugak untuk search tempat-tempat yang menarik di sana. Harga sim card dan data di sana boleh dikatakan agak murah. Tapi disebabkan kami banyak cross border, terpaksa beli sim card lain-lain di setiap negara untuk dapatkan coverage. Sim Card ini boleh dibeli di petrol pump atau pon di convenience store.

5.   Bahasa dan Masyarakat: Kebanyakkan orang di sana kurang fasih berbahasa inggeris. Tetapi kesemua host GH AirBNB yang kami book boleh faham Bahasa Inggeris walaupun apa yang mereka cuba balas tu susah nak catch up. Yang bagus nya mereka ni, mereka akan sehabis baik akan cuba bagi kita paham. Sebagai contoh semasa kami di Slovenia kalu tak salah, sim card yang kami beli tu tak function. Kemudian kami stop di petrol station dan minta cashier di situ tolong. Walaupun dia tak fasih sangat Bahasa inggeris dan tak faham apa kami cuba sampaikan, tapi dia cuba jugak nak tolong. Sampai sanggup call customer service Telco tu untuk settlekan problem kami tu. Kami sangat terhutang budi.
Kadang2 mereka ni nampak sombong dan macam ‘boo’ layan kalu kita tanya. Tapi sebenarnya mereka just tak paham je apa kita cakap. Jadi janganlah membawang kata mereka ni sombong ke apa tau. Hehe. Boleh cari orang lain untuk minta tolong. Kalu 10 orang kita tanya, mesti seorang akan boleh tolong. Betul x?

6.     Matawang: Walaupun ke semua negara kami pergi ni EU country tetapi matawang setiap negara tu berbeza dan tak semua matawang boleh ditukar di Malaysia. Jadi kami just tukar sedikit ke EURO dan selebihnya kami tukar di sana. Matawang apa yang mereka guna di setiap negara tu korang boleh google. Aku pon dah x ingat. Haha. Mostly mereka terima Euro tetapi akan pulangkan baki dalam matawang negara tu. Di sini memang kena berhati2 sikit. Kena make sure baki yang mereka pulangkan tu cukup. Terutamanya semasa bayar tol dan isi minyak. Contohnya, semasa bayar tol di satu tempat ni jurutol tu pulangkan baki tak cukup sebab kami bayar pakai Euro. Sama jugak semasa isi minyak. Selepas sekali terkena kami akan kira baki yang mereka bagi sebelum beredar. 

7.      Petrol dan Tol: Harga petrol di sana tak menentu. Harga pula berbeza mengikut petrol station. Jadi bila lalu petrol station yang kami nampak murah, kami akan isi siap2. Tol di sana mereka boleh terima Euro tetapi mostly mereka akan pulangkan baki dalam matawang mereka sindri. Macam aku cerita dekat atas tadi make sure berhati2 dan kira baki yang mereka pulangkan untuk elakkan ditipu. Setiap negara juga ada tol tetapi di Slovenia dan Hungary perlu guna Vignette Sticker. Vignette ni kiranya macam roadtax dan perlu dilekat di cermin depan untuk lalu tol nanti. Kiranya bila dah ada Vignette ni dah tak perlu bayar tol. Kalu tak salah, kami beli untuk seminggu lebih kurang 15Euro harganya. Better beli Vignette ni even tak stay seminggu pon sebab kalu kena tahan dengan polis nanti sia-sia saja kena bayar saman. Hehe. Untuk lebih lanjut pasal Vignette tu korang boleh baca kat sini ( https://en.wikipedia.org/wiki/Vignette_(road_tax) )

8.    Visa dan Cross Border Fee: EU country dan negara2 Balkan yang kami pergi ni memang tak perlukan Visa. Powerkan Passport Malaysia. Haha. Cross border fee pula memang kena bayar. Lagi2 kalu guna kereta. Tapi kereta sewa yang kami book dari Europcar tu memang dah include siap2 cross-border fee. Jadi kami just perlu tunjuk passport dan dokumen kereta sewa sahaja untuk masuk. Kami bersyukur sangat sebab tak ada apa2 masalahnya seperti ditahan dan sebagainya semasa nak cross border. Pegawai tu just check bonet dan lepaskan kami. Alhamdulillah.

9.   Makanan : Sejujurnya susah nak jumpa makanan halal di sana. Cuma di Sarajevo ada beberapa kedai makanan halal dan kedai menjual daging halal sebab di sini ramai komuniti Islam. Jadinya kami masak siap2 semasa breakfast dan tapau untuk lunch. Di sana juga banyak jual fresh food macam sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar2. Boleh dikatakan kami akan pergi ke setiap pasar di sana untuk beli groceries sebab lebih segar dan murah.

10.  Cuaca : Pada bulan March semasa kami pergi suhunya masih dibawah 10  degree kerana baru sahaja habis winter. Sebaiknya kepada sesiapa yang nak pergi, disarankan check dulu weather forecast supaya boleh prepare pakaian yang sesuai semasa di sana. Korang boleh check weather forecast kt sini ( https://www.accuweather.com/en/my/malaysia-weather)

Rasanya itu sahaja yang boleh aku share tentang Balkan Trip ni. Semua yang aku share ni adalah apa yang aku ingat dan minta maaf sebab maybe ada yang aku terlepas pandang. Contohnya, aku tak dapat listkan ke semua tempat-tempat yang kami pergi sebab ada tempat-tempat yang kami skip dan ada yang kami pergi walaupun tak ada dalam list. Biasalah mana ada perfect itinerary kan. Hehe. Tapi kalau korang nak Itinerary dan list2 tempat yang kami plan, aku ada simpan. Ataupun kalu nak tanya apa2 korang boleh PM atau DM di Instagram aku ( @mechanizm_ ). Dekat IG, korang boleh check highlite story aku sepanjang aku kat Balkan untuk tengok video2 dan gambar2 kt sana.



Sekian sahaja untuk sharing BALKAN TRIP ni. Semoga bermanfaat.


Assalamualaikum. Peace!


*Hello Polis, ada orang pakai bahasa rojak*


/Mechanizm