BOSNIA > MONTENEGRO > CROATIA > SLOVENIA > ITALY > HUNGARY
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada
semua pen’DM’ kt FB & IG minta share itinerary Balkan Trip haritu, here you
go. Sorry sebab lambat share atas komitmen2 lain. Hehe.
Ok
let’s start our journey.
Basically,
Balkan Trip ni aku pergi 4 bulan lepas iaitu dari 1 Mar 2018 – 18 Mar 2018. Total
trip days lepas tolak flight duration dalam 16 hari full. Ada yang tanya kenapa
BALKAN. Honestly, trip ni pon tak plan. Macam orang cakap la, kalu plan slalu x
jadi. Hehe. Lagi pon Sarajevo dan Budapest memang ada dalam checklist aku. Bila
peluang dah ada depan mata, aku go on jela. Untuk rumusan accommodation,
transport dan lain-lain boleh check bawah ni:
FLIGHT
: Qatar Airways – Beli 4 bulan sebelum pergi dalam bulan November 2017 cmtu.
ACCOMODATIONS
: Guest House (GH) AirBNB – Book awal di Malaysia
TRANSPORT
: Kereta Sewa ( Europcar ) – Book awal di Malaysia
Road trip ni aku pergi bersama-sama dengan 3 member aku yang lain dan kami
menyewa kereta dengan Europcar untuk memudahkan pergerakan. Boleh klik link ni
untuk booking. ( https://www.europcar.com/ )
Route kami bermula di Sarajevo >
Mostar > Kotor > Dubrovnik > Split > Zadar > Zagreb > Strmec
na Predelu > Venice > Ljubljana > Budapest > Sarajevo
| BALKAN ROUTE TRIP |
Untuk
lebih senang nk cerita aku akan pecahkan itinerary ni ikut setiap negara dan
tempat-tempat yang kami lawat. Number yang aku pinned kt gambar tu based on
AIRBNB yang kami stay. Kecuali Venice. Sebab, kami ke Venice ‘balik hari’
dari Strmec na Predelu, Slovenia. Jadi, stay 1 AirBNB dan melawat tempat-tempat
yang berdekatan. Oleh sebab trip ni dah lama kami pergi, jadi apa yang menarik dekat setiap
tempat tu maybe aku x dapat nk describe secara terperinci. Mana yang ingat, aku
akan cerita. Kalu nak lebih info korang boleh google atau search blog2 yang sedia ada:
BOSNIA:
1- Sarajevo : (Baščaršija, Gazi Husrev-beg Mosque, Latin
Bridge, Zlatna Ribica, Yellow Fort, Town Hall/Sarajevo City Hall, Eternal
flame, Sarajevo Tunnel, Vrelo Bosne, Bjelasnica)
2- Mostar : (Stari Most, Old Bazaar)
MONTENEGRO:
3- Kotor : (Old Town, St John's Fortress/Castle of
San Giovanni, Perast, Durmitor National Park, Budva)
CROATIA:
4- Dubrovnik : (Sokol Tower, Park Orsula, Luza Square,
Old Town, Stradun, Gradac Park, Dubrovnik Old port, Rector's palace, Dubrovnik
Cable, Mali Ston (Oyster)
5- Split : (Riva, Roman ruins in Solin, Kliss
Fortress)
6- Zadar : (Old Town, Bell Tower in Old Town,
Greetings to The SunSea Organ, Plitvice Lake)
7- Zagreb : (Museum of Broken Relationship, Dolac
Market, British Square)
SLOVENIA:
8- Strmec na Predelu
10- Ljubljana : (Gallerica Alkatraz/Metelkova Art
Center, Dragon Bridge, Neboticnik, Cobbler's bridge, Preseren Square, Central
Market, Metelkova Mesto, Town Hall, Bled Lake)
ITALY:
9- Venice
HUNGARY:
11- Budapest
BOSNIA:
12- Sarajevo
Let's enjoy our journey :
DAY 1 (1st
MARCH 2018 | KL > DOHA):
Flight kami dengan Qatar Airways hari tu dalam pukul 8.00PM.
Dari rumah kami naik GRAB ke KLIA sebab nak jimatkan cost parking. Settle
check-in luggage semua kami pon berangkat. Flight ni transit di Doha sebelum
stop ni Sarajevo Airport (Bosnia).
DAY 2 (2nd
MARCH 2018 | DOHA > SARAJEVO):
Selepas 8 jam transit, dalam pukul 7.00AM kami
teruskan penerbangan dari Doha ke Sarajevo. Doha ke Sarajevo mengambil masa lebih
kurang 4 jam. Kami sampai di Sarajevo Airport dalam pukul 11.00AM.
Settle amik luggage, kami terus bergerak ke Europcar
kaunter untuk pick up kereta. Kaunter ni terletak di pintu masuk airport.
Kemudian, kami pon bergerak ke Guest House (GH). GH yang kami book tu lebih kurang 30 minit dari Airport Sarajevo. Around pukul 2.00PM, kami keluar untuk round2 sekitar Sarajevo. Malamnya, kami masak dan makan di GH sahaja.
|
Kemudian, kami pon bergerak ke Guest House (GH). GH yang kami book tu lebih kurang 30 minit dari Airport Sarajevo. Around pukul 2.00PM, kami keluar untuk round2 sekitar Sarajevo. Malamnya, kami masak dan makan di GH sahaja.
DAY 3 (3rd
MARCH 2018 | SARAJEVO > MOSTAR):
Dalam pukul 8.00AM kami dah check out dr GH untuk bergerak ke
Mostar. Dari Sarajevo ke Mostar mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai dalam pukul
11.00AM. Agak lambat kami sampai sebab berhenti snap pic. Scenery otw ke Mostar mmg cantik.
Rugi la kalu x amik gambar. Lepas tu kami terus check in GH. Selepas rehat sekejap, petangnya kami round2 sekitar Mostar. Tempat yang sempat kami pergi adalah Stari Most, Old
Bazaar, masjid dan lepak di coffee shop tengok orang lalu lalang aka cuci mata.
Hehe.
| STARI MOST |
| STARI MOST |
Day 4 (4th
MARCH 2018 | MOSTAR > KOTOR ):
Pagi ni, selepas check out dari GH kami terus bergerak ke
Montenegro. Di Montenegro kami booked GH di Kotor. Nama je kotor tapi sebenarnya sangat cantik. Nanti boleh refer semua GH yang kami book kt bawah. Rilex2 sekejap bagi hilang penat, petang tu
kami melawat St John's Fortress, Kotor Old Town & Perast. Jujur cakap aku
memang jatuh cinta dengan Kotor. Sangat cantik. Malam tu kami beli groceries di groceries store berhampiran untuk masak dinner.
| STOLAC ( Salah satu kawasan menuju ke KOTOR ) |
| KOTOR |
Day 5 (5th
MARCH 2018 | KOTOR ):
Pagi ni kami nak menuju ke Durmitor National Park. Dari GH
lebih kurang 4 jam. Kami bergerak dalam pukul 7.00am dan sampai agak tengahari. Otw ke Durmitor National Park akan melalui kawasan gunung, lereng-lereng dan perlu berhati-hati. Kami berhenti banyak spot2 menarik untuk amik gambar.
Setibanya di Durmitor National Park, agak hampa sebab kawasan dilitupi salji. Di sini ada 1 tasik namanya Black
Lake. Tapi masa tu tasik membeku. Beku hati kami melihatnya. Sob3. Kami just lepak2 sambil makan lunch yang kami dah prepack dari GH. Supposly
petang tu kami bergerak balik ke Kotor dan melawat Budva, tetapi hari dah lewat.
Kami decide untuk adjust itinenary kami melawat Budva esok paginya.
Hari ini kami masih di Kotor dan seperti dirancang kami akan ke Budva.
Selepas breakfast kami bergerak ke Budva. Seharian kami tour sekitar Budva dan Old
Town.
DAY 7 (7th
MARCH 2018 | KOTOR > DUBROVNIK):
Selepas breakfast, kami check out dari GH. Pagi ini kami akan
ke negara seterusnya iaitu Croatia. First pit stop kami di Croatia adalah Dubrovnik. Dari Kotor ke Dubrovnik mengambil masa sekitar 3 jam. Settled check
in GH di Dubrovnik, dalam tengahari kami start tour di Dubrovnik. Kepada sesiapa yang memang
follow Games of Thrones (GOT) memang excited la untuk ke sini. Di sini antara lokasi mereka shooting series tu. Antara spot kat sini adalah Walls of Dubrovnic, Fort
Lovrijenac, Svetog Dominika (Saint Dominic) Street, Rector's Palace , Sponza
Palace, Bokar Fort, Minceta Fort, Luza Square. Nampak macam banyak tetapi boleh
jalan kaki sebab dekat antara satu dengan lain. Masa kami pergi tu boleh
dikatakan OFF SEASON. Orang tak adalah macam semut sgt.
DAY 8 (8th
MARCH 2018 | DUBROVNIK > SPLIT):
| STRADUN OF DUBROVNIK |
| STRADUN OF DUBROVNIK |
| THE CITY GATE |
| WALL OF DUBROVNIK |
| FORT LOVRIJENAC |
Selepas check out dr GH di Dubrovnik kami terus bergerak ke
Split. Dari Dubrovnik ke Split memakan masa lebih kurang 4 jam. Kami sampai di
Split dalam tengahari. Antara tempat-tempat yang menarik di Split adalah Marjan Hill,
Riva, Doicletian Palace, St Duje's cathedral, Peristil Square, Prokurativa,
Piazza, Mestrovic Gallery, The Cellar – basement, Pazar Market, Walking Tour of
Varos, Bell Tower. Sesuai dengan namanya, kami terpaksa split tempat-tempat kami
nak pergi ini kepada 2. Iaitu separuh pergi waktu petang dan lagi separuh pada keesokkan paginya sebab tak sempat nk cover semuanya dalam hari yang sama.
DAY 9 (9th
MARCH 2018 | SPLIT > ZADAR):
| RIVA HARBOR |
| RIVA HARBOR |
Pagi ini kami sambung sedikit lagi tour sekitar Split. Kami terus check out dari GH sebab selepas tour kami akan terus ke Zadar. Otw ke Zadar kami
singgah di Solin & Kliss Fortress. Solin & Kliss Fortress adalah kubu
lama dan juga spot penggambaran GOT. Settled di Solin & Kliss Fortress kami
terus bergerak ke Zadar. Kami sampai agak petang dan kami sempat melawat Old Town,
Bell Tower dan melihat sunset di Greetings to The Sun & Sea
Organ. Kemudian kami check in GH, masak untuk dinner dan terus tidur.
DAY 10 (10th
MARCH 2018 | ZADAR > ZAGREB):
Selepas breakfast, kami check out dari GH dan terus bergerak ke Plitvice
Lakes National Park. Kami sampai di Plitvice Lakes National Park selepas 2 jam
perjalanan. Semasa kami sampai
masih lagi bersalji dan agak cantik view. Kalau time summer atau spring mesti
lagi cantik. Kami di sini lebih kurang 3 – 4 jam sebelum bergerak ke destinasi
terakhir kami di Croatia iaitu Zagreb.
Kami sampai di Zagreb petangnya dan sempat melawat Museum of Broken
Relationship, Dolac Market & British Square.
| PLITVICE LAKES ENTRACE |
| PLITVICE LAKES |
| PLITVICE LAKES NATIONAL PARK |
DAY 11 & DAY 12 (11th
MARCH 2018 & 12th MARCH 2018 | ZAGREB > STRMEC NA PREDELU)
Settled check out GH di Zagreb kami menuju ke negara
seterusnya dalam list iaitu Slovenia. First spot kami di Slovenia adalah di Strmec
na Predelu. Tempat ni adalah satu kawasan penempatan di Perbandaran Bovec di
wilayah Littoral Slovenia. Ia terletak di jalan menuju Predel Pass. Sebab kami
memilih untuk ke sini adalah ingin merasa suasana tinggal di kawasan pergunungan.
Ternyata keputusan kami adalah tepat. Suasana di sini sangat mempesonakan dan
GH yang kami sewa sangat cantik. Korang boleh google Strmec na Predelu atau
boleh tengok gambar aku attach. Kami di sini selama 2 malam. Nak ke sini memang
perlu sewa kereta kerana tiada public transport untuk ke sini.
DAY 13 (13th
MARCH 2018 | STRMEC NA PREDELU > VENICE > LJUBLJANA)
Hari ini kami plan nk ke Venice sebab alang-alang dah dekat. Plan
kami adalah check out dari GH di Strmec na Predelu dan terus gerak ke
Venice. Balik dari Venice kami akan terus ke Ljubljana untuk next destinasi
kami di Slovenia. Hari ini masa kami dihabiskan di ‘Kota Cinta’ Venice sahaja.
Kami check in GH di Ljubljana agak malam.
| VENICE |
| VENICE |
| VENICE |
| VENICE |
DAY 14 (14th
MARCH 2018 | LJUBLJANA)
Pagi ini aktiviti kami adalah tour sekitar Ljubljana.
Tempat-tempat yang kami lawat adalah seperti yang aku listkan dekat atas. Tetapi,
hari ini kami tak drive sebaliknya ingin mencuba public transport iaitu bas.
Berpandukan google map, kami bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan bas sahaja. Into the society lah kata orang. Kih3.
DAY 15 (15th
MARCH 2018 | LJUBLJANA > BUDAPEST)
Kami check out dari GH pagi ini agak awal untuk terus menuju
ke Budapest. Perjalanan ke Budapest mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami
sampai di Budapest waktu petang dan sempat untuk round2 sekitar Budapest.
DAY 16 (16th
MARCH 2018 | BUDAPEST)
Untuk tour di Budapest, setelah hampir 16 hari tour bersama, sorang member aku plan untuk bergerak secara solo. Kami bersetuju
dengan idea itu. Lagipun antara kami memamg dah pernah solo travel jadi kami nak cuba di
Budapest. Pagi itu kami keluar dari GH sama-sama ke train station dan kemudian bawa haluan masing-masing. Di Budapest, public transport memang banyak dan
efficient. Korang boleh pilih untuk naik Subway (Metro) atau Bus. Nk senang dan
jimat, kami beli 24h Budapest Cards & Travel Passes
dengan harga 22Euro.
Dengan card ini korang boleh naik public transport tanpa perlu beli tiket dan free
access ke beberapa tempat tumpuan pelancong. Pass ini ada dijual di Tourist Information
Centre. Korang boleh check info Budapest Card tu kt sini. (http://budapestcards.com/).
| LIBERTY BRIDGE |
| PARLIAMENT BUILDING |
| CHAIN BRIDGE |
DAY 17 (17th
MARCH 2018 | BUDAPEST > SARAJEVO)
Hari ini last day kami di Budapest. Kami akan bertolak ke
Sarajevo dan bermalam di sana sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada esoknya.
Perjalanan dari Budapest ke Sarajevo lebih kurang 7 jam. Sebelum bertolak kami
berjalan2 sekitar Budapest selepas check out dan terus bergerak ke Sarajevo. Kami sampai si Sarajevo agak malam dan tak sempat nak
jalan2 di Sarajevo buat kali terakhir.
DAY 18 (18th
MARCH 2018 | SARAJEVO > DOHA > KL)
Flight kami pagi ini jam 11.00AM. Selepas check out dari GH,
kami terus menuju ke airport. Selesai memulangkan semua doc, kunci kereta dan
dongle wifi di kaunter Europcar kami terus check in dan menunggu untuk
berlepas.
Kami transit di Doha lebih kurang 7 Jam. Jadi kami membuat
keputusan untuk mencuba Doha City Tour – Qatar Airways. Tour ni mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Bus akan membawa pelancong menikmati keindahan Doha. Kami ambil Tour pukul
8.00pm dan habis sekitar 11pm. Harganya adalah 40QAR lebih kurang RM40+. Korang
boleh check Doha City Tour ni kt sini ( https://www.qatarairways.com/en-bd/offers/doha-city-tour.html ). Kalu ada transit time yang lama
bolehlah cuba.
Flight kami dari Doha ke KL jam 3.00AM dan sampai di KL jam 3.30PM waktu Malaysia.
Itu sahaja sekitar journey kami ke Balkan selama 18
hari. Di bawah ini aku nak share GH AIRBNB kami stay dan ground cost sepanjang
kami di sana. Cost ni tak termasuk perbelanjaan peribadi dan lain2:
COST A:
FLIGHT TICKET (QATAR
AIRWAYS): RM2389.38 /person
KERETA SEWA (Europcar):
RM2014.86 /3 = RM671.62/person
INTERNATIONAL DRIVING PERMIT
(IDP) = RM150/person
GROCERIES (BARANG
MASAKAN/MAKANAN DARI MALAYSIA): RM600 = RM200/person
TRAVEL INSURANCE (AXA)
: RM140/person
TOTAL COST A: RM3551/person
COST B (AIRBNB):
2nd MARCH
2018 (SARAJEVO | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/7715018
RM88.79/3 = RM29.60/person
3rd MARCH
2018 (MOSTAR | 1 Night) – https://www.airbnb.com/rooms/14295358
RM111.48/3 = RM37.16/person
4th MARCH
2018 – 7th MARCH 2018 (KOTOR | 3 Nights) - https://www.airbnb.com/rooms/8199701
RM551.91/3 = RM183.97/person
7th MARCH
2018 (DUBROVNIK | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/1343050
RM167.15/3 = RM55.71/person
8th MARCH
2018 (SPLIT | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/19762483
RM94.70/3 = RM31.57/person
9th MARCH
2018 (ZADAR | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/5305103
RM122.57/3 = RM40.86/person
10th MARCH
2018 (ZAGREB | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/16333975
RM164.89/3 = RM54.96/person
11th MARCH
2018 – 13th MARCH 2018 (STRMEC NA PREDELU | 2 Nights) - https://www.airbnb.com/rooms/1996704
RM891.95/3 = RM297.31/person
13th MARCH
2018 – 15th MARCH 2018 (LJUBLJANA | 2 Nights) - https://www.airbnb.com/rooms/6493676
RM440.20/3 = RM146.73/person
15th MARCH
2018 – 17th MARCH 2018 (BUDAPEST | 2 NIGHTS) - https://www.airbnb.com/rooms/10517417
RM412.27/3 = RM137.42/person
17th MARCH
2018 (SARAJEVO | 1 Night) - https://www.airbnb.com/rooms/3121997
RM202.14/3 = RM67.38/person
TOTAL COST B = RM3248.05/3
= RM1082.68/person
COST C (MISCELLANEOUS):
Budget dalam COST C ini termasuk diesel kereta, tol, parking,
groceries tambahan, simcard + internet, minum coffee dan miscellaneous lain.
Kami contribute sorang RM3000 dan letak dalam 1 account. Tujuan kami buat camni
adalah untuk memudahkan kami manage perbelanjaan bersama seperti dalam list2
yang aku cakap td. Lagi 1 setiap negara currency berbeza. Jadi jika guna 1
account untuk tujuan widthdraw duit, ianya akan menjimatkan kos bank charge. So far
RM3000 seorang adalah cukup sepanjang 18 hari kami di sana.
COST C: RM9000/3 =
RM3000/person
TOTAL COST:
COST 1 + COST 2 + COST
3 = RM3551 + RM1082.68 + RM3000 = RM7633.68/person
P/S: Kos ni tak termasuk personal expenses. Yang itu terpulang
kt masing2 nak bawa berapa untuk souvenir dan lain-lain.
Ok skang ini aku nak listkan beberapa tips dan point2 yang aku
rasa penting untuk share kat korang pasal TRIP BALKAN ni:
1. Budget:
Sebenarnya bajet yang dikira dekat atas tu terpulang pada plan masing2. Jujur aku
cakap boleh lagi murah. Hehe. Kami ada jugak spend dekat perkara-perkara yang
tak perlu. Kami memilih untuk start daripada Sarajevo sebab masa tu Qatar
Airways ada promo ke Sarajevo walaupun plan asal kami nak start dari Zagreb.
Korang boleh check ticket price kat Skyscanner ( https://www.skyscanner.com.my/ ) untuk korang plan dari mana yang boleh menjimatkan kos.
2. AirBNB:
Kesemua accamodation kami kt sana kami book di AirBNB. Sebab harga lebih murah.
Sebelum pilih GH mana nak stay kami check dulu jarak dari GH tu ke tempat2 yang
kami nak pergi. Jadi boleh jimat masa perjalanan dan minyak. So far, kami
sangat berpuas hati dengan host GH AirBNB yang kami booked. Cumanya ada 1 GH iaitu yang pertama setibanya kami di Sarajevo. Kami hampir ditipu kerana apabila kami
nak check in, host tu minta kami bayar extra kat dia. Padahal policy AirBNB
adalah tiada bayaran tunai kepada host. Semuanya melalui wire transfer semasa
booking online. AirBNB akan release payment kepada host selepas guest
meninggalkan GH. Akhirnya, kami decide untuk cancel dan report ke AirBNB. Kami
terpaksa booking GH lain on the spot. Alhamdulillah GH baru tu sangat selesa dan
host pon baik. Selang beberapa hari, AirBNB refund balik duit kami. Syukur sangat.
Tips untuk pilih GH ni better amik
yang ada kitchen, washing machine + dryer . Kitchen penting sebab senang nak
masak. Kami memang masak sepanjang kami di sana. Kami masak prepack lunch waktu
pagi dan makan semasa kami di luar. Washing machine dan dryer penting sebab
senang nak basuh pakaian. 18 hari di sana memang habis semua pakaian digunakan.
Nak tak nak memang kena basuh. Dryer penting sebab sebelum pergi kami
check weather di setiap negara. Time kami pergi tu baru sahaja habis winter dan
cuaca masih lagi sejuk (Below 10 degree) dan ada sesetengah
kawasan seperti di Sarajevo masih lagi bersalji. Dengan adanya dryer senang nak
keringkan pakaian.
3. Kereta
Sewa: Kami ambil masa yang agak lama untuk memilih kereta sewa dekat website mana.
Yang menjadi keutamaan kami adalah, capacity, transmission, insurance coverage,
cross-border fee dan harga. Tips aku, better masa korang book kereta sewa tu ambil sekali dengan insurance. Sebab nanti senang kalu jadi apa-apa. Lagi pula di tempat
orang, kita tak tau apa yang akan terjadi? Kami booked kereta auto sebab
perjalanan jauh dan tak penat kaki kata orang. Mungkin rezeki kami juga
masa tu sebab lain yang kami booked, lain yang kami dapat. Kami diberi kereta yang lebih besar daripada kereta yang kami booked. Mungkin
off season sebab tu Europcar offer upgrade tu tanpa extra charge. Europcar juga bagi kami
pinjam wifi dongle dengan data FREE di Sarajevo. Memang bersyukur habis
kami masa tu. Sebab dengan adanya dongle ni, kami hanya perlu beli 1 sim card
sahaja di setiap negara tersebut untuk connect internet di handphone masing2. Thank you Europcar.
4. Sim
Card dan Internet Data: Internet sangat penting untuk trip ni. Sebab memang
kami depend habis kt google map dan waze untuk bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Penting jugak untuk search tempat-tempat yang menarik di sana. Harga sim card dan data di sana boleh dikatakan agak murah. Tapi
disebabkan kami banyak cross border, terpaksa beli sim card lain-lain di setiap
negara untuk dapatkan coverage. Sim Card ini boleh dibeli di petrol pump atau
pon di convenience store.
5. Bahasa
dan Masyarakat: Kebanyakkan orang di sana kurang fasih berbahasa inggeris.
Tetapi kesemua host GH AirBNB yang kami book boleh faham Bahasa Inggeris
walaupun apa yang mereka cuba balas tu susah nak catch up. Yang bagus nya mereka ni, mereka akan sehabis baik akan cuba bagi kita paham. Sebagai contoh semasa
kami di Slovenia kalu tak salah, sim card yang kami beli tu tak function. Kemudian kami
stop di petrol station dan minta cashier di situ tolong. Walaupun dia tak
fasih sangat Bahasa inggeris dan tak faham apa kami cuba sampaikan, tapi dia
cuba jugak nak tolong. Sampai sanggup call customer service Telco tu untuk
settlekan problem kami tu. Kami sangat terhutang budi.
Kadang2 mereka ni nampak sombong dan
macam ‘boo’ layan kalu kita tanya. Tapi sebenarnya mereka just tak paham je apa kita cakap. Jadi janganlah membawang kata mereka ni sombong ke apa tau. Hehe.
Boleh cari orang lain untuk minta tolong. Kalu 10 orang kita tanya, mesti
seorang akan boleh tolong. Betul x?
6. Matawang:
Walaupun ke semua negara kami pergi ni EU country tetapi matawang setiap negara tu berbeza dan tak
semua matawang boleh ditukar di Malaysia. Jadi kami just tukar sedikit ke EURO dan selebihnya kami tukar di sana. Matawang apa yang mereka guna di setiap negara tu korang boleh google. Aku pon dah x ingat. Haha. Mostly mereka terima Euro tetapi akan pulangkan baki dalam matawang negara tu. Di sini
memang kena berhati2 sikit. Kena make sure baki yang mereka pulangkan tu cukup.
Terutamanya semasa bayar tol dan isi minyak. Contohnya, semasa bayar tol di satu tempat ni jurutol tu pulangkan baki tak cukup sebab kami bayar pakai Euro.
Sama jugak semasa isi minyak. Selepas sekali terkena kami akan kira baki yang
mereka bagi sebelum beredar.
7. Petrol
dan Tol: Harga petrol di sana tak menentu. Harga pula berbeza mengikut petrol station.
Jadi bila lalu petrol station yang kami nampak murah, kami akan isi siap2. Tol
di sana mereka boleh terima Euro tetapi mostly mereka akan pulangkan baki dalam
matawang mereka sindri. Macam aku cerita dekat atas tadi make sure berhati2 dan
kira baki yang mereka pulangkan untuk elakkan ditipu. Setiap negara juga ada tol
tetapi di Slovenia dan Hungary perlu guna Vignette Sticker. Vignette ni kiranya
macam roadtax dan perlu dilekat di cermin depan untuk lalu tol nanti. Kiranya
bila dah ada Vignette ni dah tak perlu bayar tol. Kalu tak salah, kami beli
untuk seminggu lebih kurang 15Euro harganya. Better beli Vignette ni even tak
stay seminggu pon sebab kalu kena tahan dengan polis nanti sia-sia saja kena
bayar saman. Hehe. Untuk lebih lanjut pasal Vignette tu korang boleh baca kat
sini ( https://en.wikipedia.org/wiki/Vignette_(road_tax)
)
8. Visa
dan Cross Border Fee: EU country dan negara2 Balkan yang kami pergi ni memang
tak perlukan Visa. Powerkan Passport Malaysia. Haha. Cross border fee pula
memang kena bayar. Lagi2 kalu guna kereta. Tapi kereta sewa yang kami book dari
Europcar tu memang dah include siap2 cross-border fee. Jadi kami just perlu
tunjuk passport dan dokumen kereta sewa sahaja untuk masuk. Kami
bersyukur sangat sebab tak ada apa2 masalahnya seperti ditahan dan sebagainya semasa
nak cross border. Pegawai tu just check bonet dan lepaskan kami.
Alhamdulillah.
9. Makanan : Sejujurnya susah nak jumpa makanan
halal di sana. Cuma di Sarajevo ada beberapa kedai makanan halal dan kedai menjual
daging halal sebab di sini ramai komuniti Islam. Jadinya kami masak siap2
semasa breakfast dan tapau untuk lunch. Di sana juga banyak jual fresh food
macam sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar2. Boleh dikatakan kami akan pergi ke setiap pasar di sana untuk beli groceries sebab lebih segar dan murah.
10. Cuaca : Pada bulan March semasa kami pergi suhunya masih dibawah 10 degree kerana baru sahaja habis winter. Sebaiknya
kepada sesiapa yang nak pergi, disarankan check dulu weather forecast supaya
boleh prepare pakaian yang sesuai semasa di sana. Korang boleh check weather
forecast kt sini ( https://www.accuweather.com/en/my/malaysia-weather)
Rasanya itu sahaja yang boleh aku share tentang Balkan Trip ni. Semua yang aku share ni adalah apa yang aku ingat dan minta maaf sebab maybe ada yang aku terlepas pandang. Contohnya, aku tak dapat listkan ke semua tempat-tempat yang kami pergi sebab ada tempat-tempat yang kami skip dan ada yang kami pergi walaupun tak ada dalam list. Biasalah mana ada perfect itinerary kan. Hehe. Tapi kalau korang nak Itinerary dan list2 tempat yang kami plan, aku ada simpan. Ataupun kalu nak tanya apa2 korang boleh PM atau DM di Instagram aku ( @mechanizm_ ). Dekat IG, korang boleh check highlite story aku sepanjang aku kat Balkan untuk tengok video2 dan gambar2 kt sana.
Sekian sahaja untuk sharing BALKAN TRIP ni. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum. Peace!
*Hello Polis, ada orang pakai bahasa rojak*
/Mechanizm
Rasanya itu sahaja yang boleh aku share tentang Balkan Trip ni. Semua yang aku share ni adalah apa yang aku ingat dan minta maaf sebab maybe ada yang aku terlepas pandang. Contohnya, aku tak dapat listkan ke semua tempat-tempat yang kami pergi sebab ada tempat-tempat yang kami skip dan ada yang kami pergi walaupun tak ada dalam list. Biasalah mana ada perfect itinerary kan. Hehe. Tapi kalau korang nak Itinerary dan list2 tempat yang kami plan, aku ada simpan. Ataupun kalu nak tanya apa2 korang boleh PM atau DM di Instagram aku ( @mechanizm_ ). Dekat IG, korang boleh check highlite story aku sepanjang aku kat Balkan untuk tengok video2 dan gambar2 kt sana.
Sekian sahaja untuk sharing BALKAN TRIP ni. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum. Peace!
*Hello Polis, ada orang pakai bahasa rojak*
/Mechanizm